Park Eun Hye yang merupakan seorang yatim piatu sejak dia berusia 10 tahun lagi dan sekarang dia berumur 24 tahun. Dia bekerja sebagainya pelayan di sebuah restoran ‘Family Restaurant’ yang terletak di Seoul. Suasana di bandar memang sibuk terutama pada cuti umum. Namun, dia terpaksa membiasakan diriku dengan keadaan ini.
Eun Hye tiada teman untuk meluahkan perasaanku ini. Entah mengapa, dia berasa begitu sunyi tanpa teman di sisi. Seolah-olah dirinya sahaja yang berada di dunia ini.
PADA SUATU MALAM....
Ketika Eun Hye hendak pulang dari restoran, hujan turun dengan lebatnya. Malangnya, Eun Hye langsung tidak membawa payung bersamanya. Akhirnya Eun Hye terpaksa meredah hujan dan berlari menuju ke pondok bas yang berdekatan dengan restoran tempat dia bekerja.
“Kenapalah hujan masa ni jugak? Dahlah tak bawa payung. Terpaksalah tunggu sampai hujan reda..” kata Eun Hye sendirian. Ketika itu, Eun Hye tidak bersendirian. Terdapat seorang lelaki yang memakai T-shirt bersama jaket dan berseluar jeans hitam. Tiba-tiba, lelaki itu mendekatinya. Hati Eun Hye mula berdegup kencang. Perasaan Eun Hye kini bercampur-baur. Takut,resah dan gelisah menjadi satu. Hanya TUHAN sahaja yang tahu perasaannya pada waktu ini.
Lelaki itu semakin mendekatiku. ‘ya TUHAN, selamatkanlah diriku ini. Jauhkanlah diriku dari sebarang malang petaka.’ doanya dalam hati.
Eun Hye hanya menunduk ke bawah sambil berdoa dalam hati. Beberapa saat kemudian, dia dapat merasai seseorang melintas di hadapannya. Kemudian Eun Hye mendongak untuk melihat siapa yang lalu di hadapannya. Eun Hye mendapati bahawa lelaki yang tadinya duduk semeter darinya sudah jauh melangkah meninggalkannya sendirian di pondok bas itu. Sewaktu lelaki itu sudah jauh dari pandangan matanya, Eun Hye terasa seperti ada sesuatu di sebelahnya. Eun Hye terlihat sebatang payung yang ada kemungkinan lelaki tadi sengaja tinggalkan.
“Kenapa payung ni ada kat sini? Mungkin ke lelaki itu tiggalkannya?” Eun Hye berkata sendirian. Tanpa berfikir panjang, dia terus membuka payung itu dan melangkah pergi dari situ.
DUA HARI KEMUDIAN…
“Selamat menjamu selera!!” kata Eun Hye kepada seorang pelanggan. Pelanggan itu membalas dengan anggukkan dan senyuman.
Sewaktu Eun Hye sedang mengemas meja di restoran, tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki yang baru sahaja memasuki restoran ini. Eun Hye seperti pernah melihat lelaki itu di mana-mana. Setelah dia cuba mengingati semula, dia baru teringat akan lelaki itu. Dialah lelaki yang ada bersama Eun Hye dua hari lepas ketika hujan lebat turun. Lalu, dia teringat akan payung yang ditinggalkan oleh lelaki itu. Eun Hye terus ke meja yang di duduki oleh lelaki itu untuk menganbil pesanan.
“Selamat sejahtera. Encik mahu pesan apa?” tanya Eun Hye sambil mengeluarkan buku kecil untuk mencatat pesanan lelaki itu.
“Saya mahu pesan chicken chop dan fresh orange, please..” kata lelaki itu.
“Baiklah, encik!! Sila tunggu sebentar, ya.” kata Eun Hye kemudian. Lalu dia pun terus menuju ke dapur membawa pesanan lelaki itu. Beberapa minit kemudian, Eun Hye keluar dari dapur sambil membawa sebatang payung. Eun Hye segera menuju ke meja lelaki itu dan menghulurkan payung itu kepada lelaki itu.
“Encik,ni payung yang encik tinggalkan di bus stop..dua hari lepas.” kata Eun Hye sambil menghulurkan payung itu.
“Payung saya? Oh.. saya baru teringat! Tak perlu pulangkan pun tak mengapa. Saya memang sengaja tinggalkan payung tu. Saya tahu awak perlukannya.” kata lelaki itu.
“Apa-apa pun, terima kasih sebab pinjamkan payung ini kepada saya. Gomapda!” ucap Eun Hye.
“Gwenchana.. Nama saya Kim Hyun Joong. Saya baru sahaja berpindah ke kawasan berdekatan sini.” kata Hyun Joong.
“oh.. yakah! Saya tinggal berdekatan sini jugak! Maknanya, kita ni berjiranlah. Nama saya Park Eun Hye. Nice to meet you!”
“Nice to meet you too. Marilah duduk bersama saya.” ajak Hyun Joong.
“Maaf! Saya tak boleh. Waktu kerja saya belum tamat lagi.” kata Eun Hye, dalam masa yang sama menolak tawaran Hyun Joong.
KRINGGGG!! Kedengaran bunyi loceng, menandakan pesanan makanan telah siap. Eun Hye segera menuju ke arah kaunter untuk mengambil pesanan itu dan menghantarkannya.
“Selamat menjamu selera, encik!” kata Eun Hye kepada Hyun Joong.
“Marilah makan sekali! Lagi satu.. tak perlulah berencik-encik dengan saya. Awak boleh panggil saya Hyun Joong.” kata Hyun Joong.
“Baiklah! Saya pergi ke dalam dululah. Ada kerja yang perlu saya buat di belakang.”
“Tak nak makan sekali ke?” tanya Hyun Joong.
“Saya tak bolehlah. Nanti bos saya marah kalau saya makan bersama awak.”
“Kalau begitu.. lain kali kalau saya mahu ajak awak keluar, boleh tak?” tanya Hyun Joong.
“Baiklah! Saya tak kisah! Kalau macam tu, saya ke dapur dululah. Jumpa lagi.” Kata Eun Hye kemudian.
“Okey! See you later!” ucap Hyun Joong.
BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN.....
Hubungan Eun Hye dengan Seung Jo semakin rapat. Setiap hari, mereka akan berjumpa tidak kira di mana-mana sama ada di taman mahupun di tempat kerja Eun Hye dan setiap malam, Hyun Joong akan menelefon Eun Hye. Kini, Eun Hye tidak lagi berseorangan. Adanya dia di sisiku sudah cukup untuk membuatkan Eun Hye gembira. Inilah masa yang Eun Hye tunggu setelah ibu bapanya meninggal dalam kemalangan jalan raya 14 tahun lepas. Tiada seorang pun saudara-mara Eun Hye yang mengambil berat tentang dirinya selepas kejadian itu. Mereka seolah-olah menyalahkan Eun Hye ke atas apa yang telah berlaku kepada ibu bapanya. Akhirnya, Eun Hye terpaksa tinggal di rumah anak yatim.
Dulu sewaktu Eun Hye berada di sekolah menengah rendah, dia mempunyai seorang rakan lelaki yang sangat baik hati. Dia selalu membantu dan menemaniku tidak kira waktu suka ataupun duka. Tetapi, perkenalan mereka cuma bertahan selama beberapa bulan sahaja apabila dia terpaksa berpindah ke tempat lain kerana bapanya mendapat tawaran bekerja di luar negara. Mereka tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggak apalagi bertukar nombor telefon. Dia mendapat tahu bahawa dia sudah berpindah pun melalui guru kelas mereka. Waktu itu Eun Hye berasa sangat sedih. Namun dia terpaksa menerima hakikat itu.
“Apa yang awak fikirkan tu,Eun Hye?” tanya Hyun Joong apabila melihat Eun Hye yang seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Tak ada apa-apalah. Saya cuma teingatkan kisah silam aje. Tiba-tiba aje saya teringatkan kawan lelaki saya. Sudah lama saya tidak berjumpa dengannya. Rindu pula padanya.” Beritahu Eun Hye.
“Kalau rindu, kenapa tak hubungi dia aje?” tanya Hyun Joong.
Sepi. Eun Hye mengeluh.
“Saya langsung tiada nombor telefonnya apalagi alamatnya. Sudah 14 tahun kami berpisah. Dia pun tidak pernah menghubungi saya padahal dia tahu kedudukan saya. Saya terasa amat sedih ketika itu. Tapi nak buat macam mana. Saya terpaksa terima hakikat bahawa dia sudah pergi jauh dari hidup saya.” Kata Eun Hye.
“Katakanlah bahawa dia terlupa alamat rumah awak menyebabkan dia langsung tidak dapat menghubungi awak ataupun sesuatu telah berlaku lalu menyebabkan dia tidak dapat menghubungi awak.” kata Hyun Joong, cuba mengandaikan.
“Mana mungkin dia lupakan saya. Melainkan jika ada sesuatu berlaku dan menyebabkan dia benar-benar lupakan saya,mungkin saya akan terima. Tapi jika dia sengaja mahu lupakan saya disebabkan satu alasan yang tidak munasabah, saya takkan maafkan dia.” katanya dengan penuh perasaan sakit hati.
“Tak mengapa. Mungkin suatu hari nanti awak dan dia dapat berjumpa lagi. Percayalah.” kata-kata daripada Hyun Joong itu telah membuatkan Eun Hye berasa sedikit lega. Mudah-mudahan apa yang dikatakan oleh Hyun Joong benar.
‘Tapi benarkah aku akan berjumpa dengan dia suatu hari nanti? Mungkin ini akan terjadi.’
DUA MINGGU KEMUDIAN...
Sudah dua minggu Eun Hye tidak bertemu Hyun Joong. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja dia menghilangkan diri. Apa yang telah berlaku padanya? Hilang tanpa berita. Eun Hye berasa sangat risau apabila terfikirkan tentang dirinya. Eun Hye cuba untuk menghubunginya, namun tiada balasan. ‘Adakah aku ada membuat kesalahan? Adakah aku yang menyebabkan dia pergi begitu sahaja? Ah...’ Bingung dia dibuatnya.
“Manalah awak pergi Hyun Joong? Awak tahu tak betapa saya rindu pada awak? Baliklah... saya benar-benar merindui awak.” Kata Eun Hye sendirian. Setiap malam dia berdoa supaya Hyun Joong akan berada di sisinya.
“Eun Hye! Tolong hantar pesanan ini ke meja nombor 5!!” tiba-tiba Eun Hye terdengar suara Kyu Jong memanggilnya.
“Baik!! Saya datang sekarang!” jawab Eun Hye kemudian. Dia pun segera pergi ke kaunter mengambil hidangan yang dikatakan oleh Kyu Jong sebentar tadi. Kemudian Eun Hye menuju ke meja nombor 5 untuk menghantar pesanan.
“Selamat menjamu selera,encik!” kata Eun Hye kepada pelanggan tersebut. Pelanggan tersebut memakai T-shirt bersama jaket dan berseluar hitam. Dia seperti pernah melihat cara pemakaian lelaki itu. Tapi di mana,ya? Akhirnya aku hanya membiarkan sahaja persoalan tersebut berlegar-legar di mindanya. Lantas, Eun Hye terus menuju ke dapur.
“Cik! Tunggu sekejap!” tiba-tiba lelaki itu bersuara.
"Ya,encik. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” tanya Eun Hye.
“Boleh tak cik duduk sebentar? Ada perkara yang saya perlu beritahu cik.” kata lelaki itu
“Maaf! Saya sedang bekerja sekarang.” Jawabnya dengan sopan.
“Tapi ini hal penting! Ia berkaitan dengan Hyun Joong.” kata lelaki itu. Eun Hye yang baru sahaja melangkah beberapa tapak untuk menuju ke dapur terus berhenti apabila mendengar lelaki itu menyebut nama Hyun Joong.
“Kenapa dengan dia? Apa yang telah berlaku?” tanya Eun Hye dengan nada yang cemas.
“Nama saya Young Saeng, rakan kepada Hyun Joong hyung. Saya telah diberi amanah untuk menyampaikan surat ini. Bacalah....” kata Young Saeng.
“Surat apa ni?” tanya Eun Hye.
“Awak bacalah dulu.” Jawab Young Saeng. Tanpa berlengah lagi, Eun Hye terus membuka sampul surat itu dan mula membacanya.
Ke hadapan Eun Hye yang di kasihi....
Saya harap, awak berada dalam sihat. Mungkin sewaktu awak membaca surat ini, saya sudah pun pergi meninggalkan dunia ini. Sebenarnya, saya menghidap penyakit kanser paru-paru sejak enam tahun lepas. Saya tak beritahu awak sebab saya tak nak awak risau akan keadaan saya. Saya juga mahu minta maaf kepada awak kerana sudah lama tidak menghubungi awak dan tidak menjawab panggilan awak. Saya tak sanggup untuk menambahkan derita di hati awak semata-mata disebabkan saya.
Sebenarnya, ada satu lagi perkara yang perlu saya beritahu pada awak. Awak pernah cerita pada saya tentang seorang budak lelaki yang dah lama awak tidak berjumpa itu, bukan? Sebenarnya.. budak itu adalah saya. Sudah lama saya mencari awak di merata-rata tempat. Namun, baru sekarang saya berjumpa dengan awak. Maafkan saya sebab tidak memberitahu awak pada awal pertemuan kita. Saya sangkakan bahawa saya dapat memberitahu awak apabila kita berjumpa. Tapi, nak buat bagaimana... memang sudah tertulis bahawa saya tidak dapat berjumpa awak lagi. Saya harap awak sudi maafkan saya.
Saya nak awak tahu bahawa sejak kita berkenalan 14 tahun lepas, saya dah mula jatuh cinta pada awak. Walaupun waktu itu kita masih kecil lagi... tapi, saya sudah mengerti apa itu cinta waktu itu. Sudah lama saya pendam perasaan ini tapi takut untuk luahkannya. Takut cinta saya akan ditolak. Saranghae... jeongmal saranghae... I know it’s to late to say this but i love you so much!! Saya harap awak akan sentiasa ingat pada saya walaupun saya tiada di sisi awak. Ingatlah bahawa awak akan sentiasa di dalam hati saya. Love you forever and ever...
Ikhlas daripada,
KIM HYUN JOONG
Air mata Eun Hye mengalir laju. “Apa maksud awak telah pergi meninggalkan dunia ini? Saya tak faham!! Apa semua ni?!” kata Eun Hye dalam nada suara separuh menjerit.
“Eun Hye, bawa bertenang. Saya tahu awak sedih.. tapi inilah hakikatnya. Hyun Joong hyung sudah meninggal dunia semalam. Hyung sudah ceritakan semuanya kepada saya. Tentang awak, tentang kisah silam awak berdua dan semuanya. Saya tahu... awak pun cintakan dia. Tapi awak kena terima hakikat bahawa dia sudah tiada. Hyung berharap supaya awak dapat mulakan hidup baru. Kalau awak gembira, hyung pasti gembira.” kata Young Saeng untuk menenangkan diriku.
“Tapi kenapa? Kenapa sekarang? Saya belum beritahu dia lagi bahawa saya mencintainya.” Kata Eun Hye dengan air mata yang semakin laju mengalir.
“Sabarlah... Saya akan menemani awak ke kubur. Mari..” kata Young Saeng lagi.
“Tapi saya sedang bekerja sekarang.”
“Saya sudah pun memeklumkan kepada bos awak tentang hal ini. Mari ikut saya.” beritahu Young Saeng.
“Sebentar,ya..”
“Awak mahu ke mana?”
“Saya mahu ambil beg saya di dapur. Tunggu sekejap.” Kataku dengan nada suara tersekat-sekat. Air mata Eun Hye masih mengalir. Ia seolah-olah air terjun yang turun dan tidak akan berhenti. Setelah dia mendapatkan begnya di dapur, Eun Hye segera berlari keluar menuju ke arah tempat Young Saeng berdiri.
“Sudah ambil beg awak? Mari ikut saya.” Young Saeng menarik tangan Eun Hye keluar dari restoran itu.
“Eun... awak nak ke mana?” jerit Kyu Jong apabila melihat ada seorang lelaki yang tidak dikenali menarik tangan Eun Hye. Eun Hye langsung tidak menjawab soalan Kyu Jong. Mungkin Eun Hye tidak mendengar pertanyaannya kerana ada hal yang penting. Sebab itu Eun Hye kelihatan seperti terburu-buru, fikir Kyu Jong.
SEJAM KEMUDIAN....
Akhirnya, sampai juga di tempat pengkebumian Hyun Joong. Air mata Eun Hye masih lagi mengalir. Air matanya mengalir dengan cepat tatkala melihat kubur yang dikatakan milik Hyun Joong.
“Benarkah ini kubur milik Hyun Joong?” tanya Eun Hye seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Kaki Eun Hye menjadi lemah lalu membuatkannya jatuh terduduk. Air matanya masih tidak dapat berhenti.
“Memang benar... Inilah kuburnya. Saya harap, awak dapat bersabar. Kalau awak menangis lagi, pasti rohnya berada dalam keadaan yang tidak tenteram. Saya pasti, hyung akan gembira jika awak bahagia. Hyung juga harap supaya awak dapat mencari seseorang yang dapat menjaga dan juga akan menyayangi awak sebagaimana hyung menyayangi awak.” kata Young Saeng untuk memberi semangat kepada Eun Hye. Setelah Eun Hye mendengar kata-kata Young Saeng tadi, dia segera mengesat air matanya dan terus berdiri.
“Baiklah... Jika itu yang dia minta, saya akan buat. Saya takkan menangis lagi dan akan mulakan hidup baru tanpanya di sisi. Selamat tinggal sahabat dan kekasihku yang aku amat cintai.. Semoga kau tenang di sana. Aku akan sentiasa simpan kenangan yang kita cipta bersama di dalam mindaku. Percayalah... hanya kau saja yang ada di hatiku. SARANGHAE, HYUN JOONG!!!!!” kata ku di hadapan kubur milik Hyun Joong dan juga di hadapan Young Saeng.
TAMAT....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.