Kyu Jong dan Ji Eun merupakan pasangan sahabat yang sangat rapat. Mereka mempunyai banyak persamaan dan mempunyai hobi yang sama. Mereka telah menjadi sahabat sejak mereka kecil lagi. Apa sahaja yang mereka miliki, pasti mereka akan saling berkongsi. Mereka akan saling bantu-membantu tidak kira ketika senang mahupun susah. Ke mana sahaja mereka pergi, mereka akan tetap bersama. Betapa rapatnya hubungan mereka seperti isi dan kuku.
Kyu Jong dan Ji Eun merupakan pelajar universiti semester ketiga yang amat popular. Kyu Jong seorang yang berperwatakan sangat menarik. Dia mempunyai wajah yang kacak, seorang yang genius dan dia juga sangat baik hati. Dia suka membantu orang yang susah dan tidak sombong. Kyu Jong mempunyai ramai peminat dalam kalangan pelajar perempuan di universiti. Bagi Ji Eun pula, dia bersikap sedikit manja apabila bersama keluarganya dan bersikap matang ketika bersama Kyu Jong. Kadang-kala, Ji Eun akan bersikap manja ketika bersama Kyu Jong untuk menceriakan suasana. Seperti Kyu Jong, Ji Eun juga mempunyai ramai peminat kerana wajahnya sangat cantik dan memiliki ‘baby-faced’.
Dalam diam, ada seseorang tidak suka melihat kemesraan antara Kyu Jong dan Ji Eun. Yuri, seorang pelajar yang popular dalam kalangan pelajar lelaki kerana kekayaan yang dimiliki oleh keluarganya. Yuri mempunyai sikap sombong dan dia mempunyai dua orang rakan yang telah menjadi rakannya sejak kecil lagi iaitu Nicole dan Hyomin. Yuri langsung tidak menyukai Ji Eun kerana Ji Eun selalu mendapat perhatian orang ramai dan juga rapat dengan lelaki yang dia sukai iaitu Kyu Jong.
* * * * * * * * * * *
“Jong, jom kita pergi makan nak tak? Aku dah laparlah.” ajak Ji Eun sambil mengusap perutnya untuk menunjukkan bahawa dia sudah lapar.
“Jom! Aku pun dah lapar ni. Kita makan dekat kafeteria ajelah. Kan kejap lagi kita ada kelas. Nak tak?” kata Kyu Jong kemudian.
“Okay, no problem! Yang penting, kau yang kena belanja aku. Boleh tak?” tanya Ji Eun.
“Eh! Kau yang ajak, aku pulak yang kena belanja? Mana boleh..” kata Kyu Jong.
“Alah, bukan selalu pun.” Jawab Ji Eun.
“Apa pulak bukan selalu. Yang aku belanja makan aiskrim, air and macam-macam tu apanya? Belanja jugak kan?” balas Kyu Jong lagi.
“Bolehlah,oppa!! You are the best in my life! You also are a good friend to me. Please, oppa.....” kata Ji Eun dengan manja. Selalunya bila Ji Eun menggunakan taktik ini, Kyu Jong pasti akan terpedaya dengan pujukannya.
“Yalah... aku belanja. Tapi, please lah. Tak payahlah kau guna taktik yang sama. Carilah taktik lain. Dah biasa tengok taktik tu.” kata Kyu Jong dalam masa yang sama, dia cuba menyindir Ji Eun
.
“Okey, Jong! Nanti aku cari taktik yang boleh buatkan kau jatuh cinta kat aku pulak. Nak tak?” gurau Ji Eun, sengaja ingin mengenakan Kyu Jong.
“Okey, aku tunggu. Dah, kata tadi nak makan. Jomlah!” kata Kyu Jong kemudian.
“Okey, jom!!” balas Ji Eun dengan riang.
Dalam diam, Yuri dan rakannya sedang memerhatikan tingkah laku Ji Eun dan Kyu Jong di sebalik pokok yang berdekatan. Yuri mendengus geram.
“Kau tunggu Ji Eun! Kau akan mendapat balasannya. Kerana kau, Kyu Jong langsung tak hiraukan aku.” kata Yuri sambil menggenggam tangannya tanda tidak puas hati.
“Yuri, kau tengok apa tu?” tanya Hyomin yang hairan melihat Yuri yang kelihatan marah.
“Aku tengok benda yang tak sepatutnya aku tengok. Kurang ajar punya perempuan. Kau fikir kau bagus sangat. Aku lagi cantik daripada kau!!” marah Yuri. Hyomin dan Nicole hanya mendengar apa yang dikatakan oleh Yuri. Mereka malas mahu masuk campur hal Yuri yang sememangnya iri hati melihat Ji Eun dan Kyu Jong bersama setiap masa.
“Kenapa kau benci sangat dengan Ji Eun tu? Dia tak buat salah pun kat kau. Kacau kau pun tak ada. Kau benci dia takkan semata-mata sebab Kyu Jong tak layan kau. Tak logiklah kau ni.” kata Hyomin lagi. Dia rasa memang tak patut Yuri membenci Ji Eun. Mungkin ada sebab kenapa Kyu Jong langsung tak melayannya. Pasti disebabkan sikap Yuri yang suka menunjuk dan sombong itu.
“Ya... memang aku benci dia sebab Kyu Jong. Kenapa? Kau tak puas hati? Kalau kau nak sangat bela perempuan tu, kau pergi dari sini. Aku tak perlukan kawan macam kau.” kata Yuri dalam nada marah.
“Okay, fine!! Aku pergi sekarang!” Kata Hyomin lalu melangkah pergi dari situ. Nicole cuba menghalang Hyomin, namun di halang oleh Yuri.
“Hyomin...” panggil Nicole dalam nada suara yang perlahan.
* * * * * * * * * * * *
Suasana di sekitar taman sangat menyegarkan pada cuti hujung minggu ini. Kyu Jong dan Ji Eun sedang bersiar-siar di taman berdekatan dengan rumah mereka. Belakangan ini, mereka terlalu sibuk dengan asignment yang perlu disiapkan secepat mungkin sehingga mereka langsung tidak dapat keluar berjalan-jalan. Selepas seminggu mereka berkorban masa untuk menyiapkan assignment, akhirnya dapat juga mereka keluar bersiar-siar bagi merehatkan minda.
“Bestnya dapat pergi jalan-jalan. Dapat juga kita siapkan assignment prof. Kim. Kalau tak, habislah kita kena dengar ‘ceramah’ prof. Kim tu.” Kata Ji Eun lalu mengeluh lega.
“Betul kata kau tu. Tak sanggup aku nak dengar ceramah percuma daripada dia.” Balas Kyu Jong.
Ji Eun tergelak kecil selepas mendengar kata-kata Kyu Jong. Kyu Jong turut tergelak apabila melihat Ji Eun ketawa.
“Dahlah. Jom kita duduk kat sana. Penatlah nak jalan lagi. Kejap lagi baru kita jalan lagi. Tapi sebelum tu, aku nak beli aiskrim kat sana tu dulu.” Kata Ji Eun sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah tempat menjual aiskrim.
“Okay! Aku pun nak jugak!” kata Kyu Jong kemudian. Mereka berdua segera menuju ke tempat yang ditunjukkan oleh Ji Eun tadi. Setelah sampai, mereka segera memesan aiskrim berperisa coklat yang telah menjadi kegemaran mereka sejak kecil lagi. Apabila sebut sahaja aiskrim coklat, mereka akan teringat kisah sewaktu kecil dulu. Mereka berkenalan dan menjadi sahabat kerana aiskrim coklat. Apabila diingat kembali, sungguh kelakar cara mereka berkenalan. Mungkin sudah ditakdirkan bahawa mereka akan menjadi sahabat hingga kini. Setelah mereka membayar harga aiskrim tadi, mereka terus pergi mencari bangku yang kosong untuk mereka berehat sambil menikmati aiskrim coklat yang amat sedap.
“Urm... sedapnya! Dah lama kita tak makan aiskrim sama-sama, kan?” Kyu Jong bersuara.
“uhuk.. uhuk.. A’ah... kalau hari-hari macam ni kan best. Dapat ‘dating’ dengan kau hari ni pun dah best!” kata Ji Eun, cuba untuk bergurau. Tiba-tiba Ji Eun terbatuk-batuk lagi.
“Dating? Kenapa? Kau nak dating dengan aku ke? Kalau macam tu, kita jadi couple jelah.” Kata Kyu Jong dengan tiba-tiba. Ji Eun rasa sedikit terkejut dengan kata-kata Kyu Jong tadi. Betulkah?
“Kau biar betul? Aku main-main jelah. Kau kan kawan baik aku. Takkan tiba-tiba je kau jadi couple aku. Janganlah bergurau sampai macam tu sekali?” kata Ji Eun sambil ketawa perlahan. Ji Eun terbatuk lagi. Dah beberapa kali Ji Eun terbatuk-batuk. Entah kenapa, dalam dua-tiga hari ni, dia berasa tidak sedap badan.
“Betullah! Aku serius ni. Kau tahu kan yang aku tak pernah main-main. Apa yang aku cakap, aku akan buat. Aku memang dah lama sukakan kau sejak kita kecil lagi. Aku selalu rasa gembira bila bersama kau. Dah lama aku pendam perasaan aku pada kau. Aku harap kau boleh pertimbangkan apa yang aku katakan ni.” Kata Kyu Jong dengan serius. Ji Eun rasa terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Kyu Jong sebentar tadi. ‘Apa yang harus aku katakan ini?’ desis hati kecil Ji Eun.
“Aku..aku.. tak tahu apa yang aku perlu cakapkan lagi. Aku...pergi dulu!” Ji Eun bingkas bangun dari duduknya dan terus mengatur langkah pergi dari situ. Tetapi, belum sempat Ji Eun melangkah, Kyu Jong tiba-tiba sahaja menarik tangan Ji Eun lantas membuatkan Ji Eun berhenti. Sekali lagi, Ji Eun terkejut dengan tindakan Kyu Jong yang menarik tangannya secara tiba-tiba.
“Apa yang kau buat ni?” Ji Eun meninggikan suaranya.
“Aku nak kau tahu yang aku yang aku betul-betul sayang dan cintakan awak. Aku harap kau boleh terima cinta aku ni.” Ucap Kyu Jong dengan penuh bersungguh-sungguh. Ji Eun hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Bukannya dia tak sayangkan Kyu Jong, tapi Ji Eun hanya menganggap Kyu Jong hanya sebagai sahabat baiknya sahaja. Belum pernah Ji Eun terfikir untuk menjalinkan hubungan cinta dengan Kyu Jong. Apa yang harus dia buat?
“Lepaskan aku! Aku perlu bersendiri.” Kata Ji Eun perlahan.
“Aku akan lepaskan kau... Tapi, aku perlukan jawapan kau.” Balas Kyu Jong.
“Lepaskan aku!!” bentak Ji Eun apabila Kyu Jong tidak mahu mwlepaskan genggaman tanganya.
“Aku taknak lepaskan kau.” Kata Kyu Jong serius. Ji Eun meronta-ronta minta dilepaskan. Namun, Kyu Jong langsung tidak mahu melepaskan tangan Ji Eun. Akhirnya, Ji Eun terpaksa memijak kaki Kyu Jong dan secara tidak sengaja, Kyu Jong telah pun melepaskan tangan Ji Eun yang digenggam olehnya menyebabkan Ji Eun dapat melepaskan diri dan terus meninggalkan Kyu Jong di situ bersendirian. Kyu Jong hanya melihat sahaja kepergian Ji Eun sambil menahan sakit di kakinya. Dia mengeluh kerana Ji Eun seolah-olah tidak mengerti perasaannya ini. Apa yang harus aku buat...kata Kyu Jong dalam hatinya.
* * * * * * * * * * * *
Sudah beberapa hari Kyu Jong dan Ji Eun tidak bertegur. Mungkin disebabkan kejadian itulah Ji Eun tidak mahu menegur Kyu Jong. Walaupun Ji Eun Kyu Jong sekuliah, namun Ji Eun langsung tidak menegurnya. Ji Eun seolah-olah mahu mengelak daripada berjumpa dengannya. Kyu Jong mengeluh sendiri. Dalam masa yang sama, Yuri, seorang pelajar semester kedua yang sangat popular dalam kalangan pelajar lelaki di universiti, tempat mereka belajar bersama, tiba-tiba sahaja ingin mendekatinya. Selepas berita yang kononnya Ji Eun dan Kyu Jong sudah berpisah tersebar, ada sesetengah pihak cuba menyebarkan berita-berita yang yang kurang menyenangkan Kyu Jong dan Ji Eun. Tetapi, mereka langsung tidak tahu cerita yang sebernarnya. Tapi yang membuatkan Kyu Jong tidak dapat tahan apabila Yuri seperti mahu mengodanya. Setiap hari, Yuri akan datang dan berkata yang bukan-bukan tentang Ji Eun.
“Oppa tahu tak, Ji Eun rapat dengan oppa sebab dia cuma nak mainkan perasaan oppa je. Dia bukannya suka kat oppa.” Itulah kata-kata yang pernah dilemparkan oleh Yuri. Betapa sakitnya hati Kyu Jong apabila mendengar kata-kata Yuri itu. Apa yang dikatakan oleh Yuri itu langsung tidak benar. Kyu jong kenal benar dengan perangai Ji Eun yang baik dan penuh dengan sopan santun. Dari kecil, mereka sentiasa bersama.
“Eh, kau kan kalau datang sini semata-mata nak cakap buruk pasal Ji Eun, baik kau pergi sekarang! Kau jangan pandai-pandai reka cerita yang buruk-buruk pasal Ji Eun, faham?! Aku tak suka tahu tak!!” bentak Kyu Jong. Yuri terkejut apabila mendengar kata-kata Kyu Jong sebentar tadi.
“Tapi oppa... apa yang saya cakap ni betul! Dia Cuma nak mainkan perasaan oppa je. Dia tu...” belum sempat Yuri menghabiskan kata-katanya, Kyu Jong memintas percakapan Yuri itu.
“Sudahlah!! Aku lebih kenal Ji Eun daripada kau kenal dia!! Kau kalau tak tahu cerita sebenar, jangan nak menyibuk! Jangan nak jaga tepi kain orang lain. Lagi satu... tolong nak panggil aku oppa, okey!! Cuma Ji Eun aje yang boleh panggil aku macam tu. Aku tak suka, faham!!” marah Kyu Jong lagi. Dia memang tak suka orang yang bermulut murai seperti Yuri. Apa yang dikatakan oleh Yuri, semuanya fitnah semata-mata. Orang yang seperti Yuri, langsung tidak menepati ciri-ciri gadis idamannya. Yuri hanya tahu menghabiskan duit ibu bapanya dan dan tidak tahu menjaga hati orang lain. Tengok gaya sahaja sudah tahu.
“Tapi oppa... saya memang sukakan oppa...” kata Yuri, cuba untuk menarik perhatian Kyu Jong dengan gaya yang manja. Kyu Jong terasa semakin menyampah dengan gelagat Yuri yang cuba untuk menggodanya.
“Tadi aku dah suruh kau pergi, kan? Aku harap, kau pergi dari sini dengan segera. Menyampah aku tengok kau tahu tak!” Kyu Jong berkata lagi dengan pandangan marah.
“Oppa...” panggil Yuri.
Kyu Jong yang semakin menyampah melihat Yuri, terus sahaja bangun dan melangkah pergi dari situ. Yuri hanya melihat sahaja Kyu Jong melangkah pergi dari situ. Hatinya begitu sakit apabila Kyu Jong melayannya begitu. Yuri mendengus marah.
* * * * * * * * * * * * * * *
Beberapa hari selepas itu, Kyu Jong mendapati bahawa Ji Eun telah membuat keputusan untuk menangguhkan pengajiannya untuk sementara waktu secara tiba-yiba melalui rakan sekuliahnya. Sejurus Kyu Jong mendengar berita itu, dia segera mencari Ji Eun di sekitar universiti itu. Namun, Ji Eun tidak dapat ditemui. Akhirnya, Kyu Jong mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ji Eun untuk meminta penjelasan daripada Ji Eun.
Ding! Dong! Ding! Dong!
Kyu Jong menekan loceng rumah Ji Eun berulang kali. Beberapa minit kemudian, ada seseorang membuka pintu pagar rumah itu.
“Annyeonghaseyo, ahjumma!” ucap Kyu Jong apabila melihat ibu Ji Eun muncul di pintu pagar.
“Annyeonghaseyo! Kamu Kyu Jong. Kamu mahu cari Ji Eun,kah?”
“Ya, ahjumma! Dia ada tak?” tanya Kyu Jong dengan harapan Ji Eun ada di rumah.
“Kamu tak tahukah bahawa Ji Eun berada di hospital,kah? Sudah empat hari dia telah dimasukkan ke hospital.” Kata ibu Ji Eun, lantas membuatkan Kyu Jong terkejut dengan berita yang baru diterimanya. Benarkah? Kenapa Ji Eun berada di hospital? Kenapa aku tak tahu apa-apa pun? Katanya dalam hati.
“Saya langsung tidak tahu, ahjumma! Kenapa dengan dia? Apa sebenarnya yang dah berlaku pada dia?” tanya Kyu Jong dengan nada cemas. Dia benar-benar ingin tahu.
“Sebenarnya.. Ji Eun menghidap barah paru-paru. Dia juga baru sahaja mendapat tahu keadaan kesihatannya seminggu yang lalu. Sekarang ini, barah tersebut telah merebak ke hatinya dan menyebabkan dia sering sesak nafas. Sakitnya sekarang telah sampai ke tahap kritikal dan Ji Eun hanya mempunyai tidak kurang dari tiga bulan untuk hidup.” Jelas ibu kepada Ji Eun. Kyu Jong semakin terkejut apabila mendengar penjelasan ibu Ji Eun tentang keadaan Ji Eun yang sangat kritikal. Ya TUHAN... kenapa...kenapa ini berlaku pada Ji Eun? Kenapa aku tidak perasan akan kesakotan yang di alami olehnya selama ini? Adakah aku terlalu pentingkan diriku ini? Rintih Kyu Jong di dalam hatinya.
“Ahjumma... boleh saya tahu di hospital manakah Ji Eun berada sekarang? Saya ingin bertemu dengannya sekarang juga!! Tolong saya, ahjumma!!” rayu Kyu Jong.
“Dia berada di hospital berdekatan dengan universiti, tempat kamu belajar tu. Pergilah.. nanti ahjumma menyusul.” Kata ibu Ji Eun.
“Gomapda, ahjumma!” setelah mengucapkan terima kasih, Kyu jong segera menaiki kereta yang dipandu ketika menuju ke rumah Ji Eun tadi. Setelah enjin kereta dihidupkan, Kyu Jong terus memecut menuju ke hospital yang dikatakan oleh ibu kepada Ji Eun sebentar tadi. Air mata lelakinya tiba-tiba mengalir mengenangkan keadaan Ji Eun ketika ini.
Akhirnya setelah beberapa minit memandu, sampai jua Kyu Jong ke destinasinya iaitu hospital di mana Ji Eun ditempatkan. Setelah memastikan mematikan enjin kereta, Kyu Jong terus memasuki lobi hospital tersebut, dia segera menuju ke kaunter untuk bertanya tentang kedudukan Ji Eun. Setelah mendapat maklumat yang diingini, Kyu Jong segera meluru ke wad yang didiami oleh Ji Eun. Apabila dia sampai di depan pintu wad, dia teragak-agak untuk masuk. Namun, dia perlu memberanikan dirinya untuk memasuki bilik itu.
Kyu Jong tergamam melihat keadaan Ji Eun yang terlantar di atas katil. Air mata Kyu Jong mengalir lagi tanpa dipinta. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa Ji Eun perlu menghadapi dugaan seperti ini. Ah... adakah aku terlalu pentingkan diriku sendiri sehinggakan aku langsung tidak tahu apa yang telah dialami oleh Ji Eun... hati Kyu Jong berkata sendiri.
Perlahan-lahan Kyu Jong menolak pintu bilik wad yang didiami oleh Ji Eun. Kyu Jong melangkah masuk sambil mengesat air mata supaya Ji Eun tidak berasa kecewa. Ji Eun yang terdengar bunyi pintu bilik wadnya terbuka terus berpaling ke arah pintu dan terkejut tatkala melihat wajah Kyu Jong tiba-tiba muncul. Adakah ini mimpi? Kalau ini bukan mimpi, bagaimana dia boleh tahu aku berada di sini? Ah.. aku pasti bermimpi. Mungkin disebabkan aku terlalu rindu padanya membuatkan aku terbayangkan wajahnya saat ini. Ji Eun bersoal jawab sendirian.
“Ji Eun... kau apa khabar? Bagaimana keadaan kau sekarang?” tanya Kyu Jong lantas membuatkan lamunan Ji Eun pecah berderai bak kaca yang pecah akibat jatuh dari tempat yang tinggi.
“Oh.. kau rupanya, Kyu Jong! Erm.. aku baik-baik saja. Macam mana kau tahu aku ada kat sini dan kenapa kau ada kat sini?” tanya Ji Eun. Dia cuba mengawal dirinya supaya Kyu Jong tidak tahu tentang perasaan cemasnya pada saat ini.
“Tak boleh ke aku melawat kawan aku sendiri? Aku dapat tahu daripada mak kau. Sebab tu aku datang sini, nak jenguk kau.” Jawab Kyu Jong. Dia cuba bertenang. Hatinya begitu sedih melihat keadaan Ji Eun yang terlantar di atas katil hospital.
“Erm.. bukan tu maksud aku. Aku Cuma terkejut je tengok kau yang tiba-tiba muncul depan mata aku. Sebab aku fikirkan yang aku ni tengah bermimpi jumpa kau.” Kata Ji Eun lalu ketawa kecil. Setelah Ji Eun berkata, Kyu Jong terus memeluk Ji Eun lalu menyebabkan Ji Eun terkejut dengan tindakan drastik Kyu Jong itu.
“Kenapa ni? Apa yang dah jadi?” tanya Ji Eun ingin tahu.
“Kenapa kau tak pernah beritahu aku?” tanya Kyu Jong. Ji Eun semakin pelik dengan pertanyaan Kyu Jong sebentar tadi.
“Beritahu apa? Kenapa dengan kau ni? Aku makin pelik dengan kau tahu tak?” tanya Ji Eun kemudian.
“Kenapa kau tak beritahu yang kau menghidap penyakit barah paru-paru selama ni? Kau tak anggap aku sebagai kawan kau ke sampaikan kau berahsia sangat dengan aku?” Ji Euun terkejut dengan pertanyaan Kyu Jong. Barah paru-paru? Sejak bila pula aku ada sakit barah ni? Ni mesti kerja omma... Ji Eun berkata dalam hatinya.
“Mana kau dengar pasal ni? Omma aku ke yang beritahu kau pasal ni?” tanya Ji Eun. Dia terasa seperti mahu ketawatetapi dia hanya bertahan sahaja.
“A’ah.. ahjumma yang beritahu aku.” Jawab Kyu Jong selepas meleraikan pelukkannya. Ji Eun yang tidak dapat bertahan, terus sahaja melepaskan ketawa yang ditahannya sejak tadi. Kyu Jong pelik apabila melihat Ji Eun tiba-tiba ketawa. Kalau perlahan tak apalah, tapi ni dah melampau. Aku ada salah cakap ke? Kyu Jong bertanya dalam hatinya.
“Apalagi yang omma aku cakap kat kau?” tanya Ji Eun ingin tahu.
“Dia kata kau ada lebih kurang tiga bulan untuk hidup. Kenapa kau ketawa sebenarnya ni? Aku ada cakap yang bukan-bukan ke?” tanya Kyu Jong ingin tahu sebab Ji Eun ketawa terbahak-bahak.
“Macam manalah kau boleh percaya cakap omma aku. Aku mana ada sakit barah paru-paru tu. Aku masuk hospital ni sebab aku ada kena Hepatitis B. Mengarut ajelah kau ni. Kau kata barah paru-paru? Haha.. lawak.. lawak..” Ji Eun masih lagi ketawa. Tiada tanda-tanda untuk Ji Eun berhenti ketawa.
“Hisy.. Macam mana aku boleh kena tipu ni. Jahatlah omma kau tu. Tak patut betul omma kau tipu aku pasal benda seserius ni. Buat aku risau aje.” kata Kyu Jong pada Ji Eun. Kyu Jong berasa lega apabila mendapat tahu bahawa apa yang dikatakan oleh omma kepada Ji Eun semuanya tidak benar.
“Kau jangan risaulah! Aku tak ada apa-apa. I’m fine.” Kata Ji Eun supaya Kyu Jong tidak risau tentang keadaannya.
“Tapi, kenapa kau pergi macam tu aje masa aku luahkan perasaan pada kau hari tu? Lepas tu, kau terus tak tegur aku masa ka kolej macam dulu-dulu. kau marahkan aku ke? Aku sedih bila kau buat aku macam tu.” Kyu Jong bertanya pada Ji Eun membuatkan Ji Eun berhenti daripada tertawa. Riak muka Ji Eun bertukar serius.
“Erm... sebenarnya... aku bukannya sengaja. Aku sebenarnya dah lama suka kat kau. Bila kau tiba-tiba cakap yang kau suka kat aku hari tu, aku terkejut jugak. Aku ingatkan yang aku bertepuk sebelah tangan. Tak sangka pulak yang kau pun suka kat aku. Mianhe, Jong! Aku tak marah pun kat kau. Aku tak tegur kau pun sebab aku perlu berfikir tentang perkara ni.” Ji Eun menjelaskan perkara yang sebenar pada Kyu Jong supaya Kyu Jong tidak salah faham akan tindakannya tempoh hari.
“So, sekarang ni... kau dah boleh terima aku lah?” tanya Kyu Jong.
“Terima apa?” tanya Ji Eun pura-pura tidak mengerti apa yang Kyu Jong tanyakan.
“Kau ni tak faham atu buat-buat tak faham?” kata Kyu Jong dalam nada yang menyindir.
“Hehe.. yelah.. yelah.. Aku terima kau...” kata Ji Eun membuatkan Kyu Jong tersenyum lebar.
“Betul?”
“Sebagai abang je.” Kata Ji Eun cuba bergurau. Reaksi muka Kyu Jong berubah apabila mendengar kata-kata Ji Eun.
“Tak apalah! Aku balik dulu.” kata Kyu Jong cuba berbuat sedih. Kyu Jong bingkas bangun dari duduknya dan melangkah menuju ke arah pintu.
“Erm... Jong! Janganlah pergi dulu. aku gurau-gurau je. Baiklah, aku terima cinta kau tu. Saranghae, Jong!” ucap Ji Eun. Kyu Jong berhenti melangkah dan terus berpaling.
“Betul ni? Kali ni kau tak tipu?” tanya Kyu Jong.
“Yup! Saranghae!” ucap Ji Eun lagi lalu dia terus turun dari katil dan terus memeluk Kyu Jong.
“Gomawo sebab sudi terima aku. Saranghae, Ji Eun. Aku janji, aku akan jaga kau dan sayangkan kau sebagaimana aku sayangkan kau sebelum ni.” Janji Kyu Jong pada Ji Eun.
Akhirnya, mereka berdua dapat bersama selamanya. Beberapa bulan kemudian, mereka telah pun melangsungkan majlis perkahwinan mereka atas persetujuan kedua-dua belah keluarga. Dengan adanya ikatan perkahwinan antara mereka berdua, mereka dapat menjalankan kehidupan mereka dengan penuh bermakna.
TAMAT.....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.